Dalam pemerhatian tingkah laku pelajar, didapati pelajar menunjukkan minat kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan lancar. Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka.
Pelajar-pelajar sasaran menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar sambil bermain. Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan. Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat yang tidak dapat mereka melaksanakan.
Power Point yang menarik telah menarik perhatian murid. Didapati beberapa orang pelajar dapat jawab soalan saya tentang nilai murni. Ayat-ayat yang mudah difahami telah memberi keyakinan kepada pelajar supaya dapat faham dan jawab.
Saya berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian pelajar-pelajar. Walaupun dalam masa menjalankan aktiviti kumpulan, murid tidak dapat kawal displin diri, tetapi saya dapati mereka berasa seronok.Aktiviti yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan.
Saya telah menggunakan kaedah “menyoal jawab” untuk merumuskan pelajaran ini. Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar-pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Saya juga boleh mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk yang lain dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku pelajar, didapati pelajar menunjukkan minat kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan lancar. Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka.
Pelajar-pelajar sasaran menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar sambil menyaniy. Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan. Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat mereka melaksanakan.
Saya berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian pelajar-pelajar. Walaupun dari mulanya pelajar berasa susah ingat liriknya, tetapi akhirnya mereka juga berasa seronok.
Aktiviti yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternative kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.
Saya telah menggunakan kaedah “menyanyi imbuhan meN” didapati ia sangat berkesan. Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar-pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Saya juga boleh mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk yang lain dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
2.menyebut dua daripada kata ganda yang telah belajar.
Fokus Utama : 6.2 membaca dan mengenalkan pasti pelbagai genre penulisan.
Aras 1 ( i ) mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif.
Aras 2 ( i ) membuat pertandingan karangan naratif dan imaginatif.
Fokus Sampingan : 8.2 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 ( i ) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai bagi menjelaskan pertautan idea. (kata ganda penuh).
Sistem Bahasa :-
(a)Tatabahasa : kata ganda penuh
(b)Kosa Kata : biri, kupu, kuda, rama, tupai
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Jimat cermat, menjaga kebersihan diri/makanan, menjaga keselamatan diri.