Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku pelajar, didapati pelajar menunjukkan minat kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan lancar. Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka.
Pelajar-pelajar sasaran menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar sambil menyaniy. Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan. Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat mereka melaksanakan.
Saya berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian pelajar-pelajar. Walaupun dari mulanya pelajar berasa susah ingat liriknya, tetapi akhirnya mereka juga berasa seronok.
Aktiviti yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternative kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.
Saya telah menggunakan kaedah “menyanyi imbuhan meN” didapati ia sangat berkesan. Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar-pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Saya juga boleh mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk yang lain dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia .
No comments:
Post a Comment